Pengisian Borang Nikah Atas Talian

6 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Februari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Pengisian Borang Nikah Atas Talian” di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada kali ini staf PEDi membantu peserta membuat pendaftaran ke dalam sistem SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia. Di samping itu juga, staf PEDi memberi garis panduan kepada Peserta tentang cara pengisian borang perkahwinan atas talian, maklumat yang perlu diisi dan setelah selesai peserta perlu mencetak borang tersebut dan menyimpan nombor rujukan SPPIM untuk sebarang kemaskini maklumat sekiranya pembetulan maklumat perlu dilakukan oleh peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali